Friday, May 24, 2013

Seni Reka

1.3     Prinsip rekaan

Prinsip rekaan seni visual (Grafik) penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif. Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami  oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

1.3.1   Pada sub topik ini saya akan menyatakan prinsip rekaan seni visual ( grafik ), antaranya  :

  • Keseimbangan
  • Keharmonian
  • Kesatuan
  • Komposisi
  • Penegasan
  • Kontra
  • Pergerakan


1.3.3   Pada sub topik ini saya akan menceritakan komposisi sesuatu hasil grafik berdasarkan prinsip rekaan seni visual, antaranya :

  1. Keseimbangan
Keseimbangan atau dekenali imbangan ialah kesamaan dan berpadanan dari segi berat,tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu unsur-unsur seni. Melalui imbangan susunan  tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan. Imbangan perlu untuk menarik perhatian dan menimbulkan suasana formal atau tidak formal. Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat,tarikan dan tumpuan perhatian. Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu Imbangan simetri dan tidak simetri.

    i.            Imbangan Simetri

Kiri dan kanan sesuatu benda atau  objek adalah sama berat sekiranya dilipat di bahagian tengah.Contoh imbangan simetri terdapat pada wau dan rama-rama. Imbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau atas sama dengan bawah. Garisan ‛axis’ dilukis di tengah-tegah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.



      ii.            Imbangan tidak Simetri


Kiri dan kanan sesuatu benda atau objek tidak sama jika dilipat. Contoh bentuk yang tidak sama sisinya. Imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahagian pada gubahan tidak sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaanya.     




    2.    Keharmonian

Keharmonian atau harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata.


Harmoni dari segi garisan


Harmoni dari segi bentuk


Harmoni dari segi rupa


    3.   Kesatuan

Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat  menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa. Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual.



    4.   Komposisi

Susunan atau satu organisasi elemen  rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan   mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanupulasikan, sesuatu kandungan dan konteks rekaan grafik itu dapat dinyatakan dengan jelas sebagai  satu komunikasi visual. Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua elemen dan prinsip rekaan diaplikasikan.


   5.   Penegasan

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan. Cara untuk menimbulkan penegasan adalah dengan menggunakan elemen-elemen yang kontra, pelbagai saiz, unsur yang diletak di tengah gubahan, pengcahayaan di bahagian penegasan, dan pengasingan elemen penegasan.


Penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan
Penegasan pada objek yang berbeza warna


   6.    Kontra

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan. Ia juga dapat  menjadikan hasil seni  yang pelbagai dan menjadi lebih menarik.

 Kontra dari segi warna


   7.   Pergerakan

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya. Fungsi pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.


Pergerakan secara beralun



  





     














0 comments: