Friday, May 24, 2013

Komunikasi Visual

1.4     Aspek Komunikasi Visual dalam Grafik/Imej

1.4.1 Di dalam sub topik ini saya akan membuat tafsiran di dalam sesuatu hasil karya grafik dan digital art -Inspirasi Seni Visual dari blog Designflvr. Antara tafsiran mesej yang ingin disampaikan di dalam sesuatu karya grafik adalah dari aspek :

  • Kandungan
  • Nilai estetika
  • Batasan


  1. Aspek Kandungan ( subjek matter )

    Dari aspek kandungan , karya  grafik tersebut telah menerangkan seorang lelaki sedang bermain saxaphone dengan penuh perasaan dan penuh minat. Tujuan beliau bermain saxaphone ini adalah untuk menenangkan jiwanya, jiwa pendengar dan dapat memberi inspirasi kepada pemuzik-pemuzik lain.

     2.  Nilai estetika

    Dari aspek Estetika pula, karya grafik tersebut telah menerangkan bahawa lelaki ini berpakaian sut kemas.
    Dengan penggunaan komunikasi visual, karya ini dapat memikat hati penonton yang melihatnya. Inilah yang dikatakan nilai estetika atau keindahan.

    3.  Batasan

    Dari aspek batasan pula, karya grafik tersebut telah menggunakan kombinasi warna harmoni yang terdiri daripada warna merah, oren dan coklat. Tujuan warna harmoni digunakan adalah untuk menunjukkan karya ini selesa, seimbang dan menarik. Karya ini juga menggunakan garisan bebas yang terdiri daripada garisan melintang, garisan putus-putus, garisan, garisan tebal dan garisan nipis.

    1.4.2   Berikut merupakan beberapa karya grafik yang telah terbina dan boleh dijadikan panduan untuk pelajar. Pelajar boleh melihat tutorial ini sebagai rujukan  pembelajaran.

 
Tutorial teknik lukisan

Tutorial teknik kolaj







0 comments: