Friday, May 24, 2013

Pemerolehan Bahan Grafik Bitmap

3.2.1     Fotografi dan peralatannya

3.2.1.1  Pada sub topik ini saya akan menerangkan fitur bagi  jenis-jenis kamera yang terdiri daripada  :

  • Bukan digital : SLR dan compact
  • Digital
i ) Bukan Digital

-  Kamera SLR  ( Single Lens Reflex )

Kamera SLR ini menggunakan filem kamera biasa yang terhad kepada 36 keping gambar (kebiasaan). Ia merupakan Full Frame Format yang menggunakan 35 mm filem. Seperti yang kita tahu SLR ini menggunakan filem, jadi pengguna tidak boleh melihat hasil capture yang diambil sebelum dicuci. Cara penggunaan SLR seperti setting untuk ISO, shutter speed, aperture, dan lain-lain. Ia juga mempunyai jenis manual dan jenis automatik. Untuk mengambil gambar menggunakan SLR, kene pastikan jarum exposer berada di kedudukan normal, jika tidak gambar akan over atau under.

Contoh Kamera SLR


-  Kamera Kompak ( compact )

Kamera kompak juga dikenali dengan nama point and shoot camera atau pocket camera. Kamera kompak dicipta agar orang ramai dapat merakam gambar dengan lebih mudah dan selesa. Oleh sebab itu, ianya dibuat dengan saiz yang kecil bersama fungsi yang ringkas lalu memudahkan pengguna. Kamera kompak tidak beroperasi menggunakan reflex mirror dan pentaprism seperti yang digunakan oleh sistem kamera DSLR. Oleh itu, kamera kompak dapat dibuat dengan saiz yang lebih kecil dengan harga yang lebih rendah. Tidak seperti kamera DSLR, lensa pada kamera kompak tidak boleh ditukar ganti. Namun, biasanya kamera kompak dilengkapi dengan lensa zoom yang sudah memadai untuk kegunaan biasa. Kamera kompak kini sudah semakin canggih dan semakin berkualiti. Kamera jenis ini telah berjaya menarik minat jurufoto profesional apabila ia telah dibuat dengan ciri kawalan manual sepenuhnya dimana pengguna boleh mengawal aperture, shutter dan ISO secara manual. Dengan ini, dedahan cahaya (exposure) dapat dikawal dengan lebih tepat. Selain dari itu, kamera kompak yang berprestasi tinggi juga turut menawarkan ciri-ciri bertaraf kamera DSLR seperti kawalan fokus secara manual, aperture maksima yang bersaiz lebih besar, hotshoe untuk penggunaan flash tambahan, rakaman dalam format RAW, saiz sensor yang lebih besar dan sebagainya.

                                                      Contoh Kamera Kompak (compaq)

ii )  Kamera Digital 

Kamera jenis ini tidak memerlukan filem untuk merakam sesuatu subjek, tetapi sebaliknya menggunakan kad memori. Imej/subjek akan dirakam terus ke dalam format digital dan boleh dipaparkan secara elektronik menggunakan komputer. Paparan boleh dilihat samada dengan Microsoft Picture Manager atau Windows Picture & fax viewer atau Paint atau perisian lain yang terdapat pada komputer masing-masing. Imej yang dirakam boleh terus dilihat dari skrin yang terdapat pada kamera tanpa perlu mencetaknya terlebih dahulu. Sekiranya ingin dicetak, ia memerlukan pencetak yang berkualiti tinggi yang menggunakan warna seperti ink-jet atau buble jet.  Ia juga memerlukan kertas cetakan khas untuk memprosesnya terus dari pencetak bagi menjamin kualitinya. Kamera digital selalunya dalam format yang lebih kecil, seperti 35mm. Walaubagaimanapun, kamera SLR juga telah dihasilkan dalam format ini. Kamera SLR digital selalunya didatangkan samada secara sepenuhnya automatik atau dilengkapkan dengan sistem pelarasan pendedahan. Kebaikan kamera jenis ini ialah imej yang dirakam boleh dilihat dahulu dan diubahsuai sebelum dicetak. Gambar yang dihasilkan juga boleh dipaparkan dalam bentuk yang lebih interaktif.

                                                             Contoh Kamera digital


3.2.1.2   Pada sub topik ini saya akan menerangkan prinsip asas fotografi yang terdiri daripada :

  • Pendedahan ( exposure )
  • Pencahayaan ( lighting )
  • Kelajuan shutter dan filem
  • Medan fokus
  • Resolusi
  • Komposisi

i )  Pendedahan ( exposure )

Untuk  menghasilkan imej yang baik dan menarik, ia perlulah terdedah kepada cahaya yang mencukupi. Walaubagaimanapun adalah perlu bagi seseorang jurugambar untuk mengawal jumlah cahaya yang memasuki kamera.  Pengawalan dedahan cahaya (exposure) di dalam sesuatu kamera akan menentukan banyaknya cahaya yang akan sampai kepada filem. Alat kawalan yang yang memainkan perana utama dalam menentukan dedahan (exposure) yang betul dalam sesuatu kamera.

ii ) Pencahayaan ( lighting )

Pengcahayaan mungkin boleh diperolehi dari sumber semulajadi seperti dari cahaya matahari, ataupun dari sumber buatan seperti cahaya dari lampu atau flash kamera. Bahan medium perakam mestilah didedahkan kepada jumlah cahaya yang berpadanan. Terlalu sedikit pendedahan (exposure) akan menghasilkan gambar yang gelap, manakala terlalu banyak pendedahan akan menghasilkan gambar yang terlalu terang. Jurugambar perlu mengetahui cara-cara untuk mengawal cahaya yang masuk bagi menghasilkan gambar yang bermutu. Pendedahan ini boleh dikawal dengan shutter dan appature.

iii )  Kelajuan shutter dan filem

Kelajuan filem merujuk kepada kadar kepekaan filem terhadap cahaya. Ia biasanya diwakili oleh piawaian tertentu seperti ISO (International Standard Organization), ASA (American Standard Association), DIN (Deutch Industrie Norm), atau index dedahan (Exposure Index). Semakin tinggi kelajuan filem bermakna semakin sensitif filem tersebut terhadap cahaya. Secara amnya ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori perlahan, kelajuannya 12 dan 32. Kategori sederhana pula, kelajuannya 62, 100 dan 125. Seterusnya kategori laju, kelajuannya 200, 400, 800, 1000 …… 6400.

Bagi kelajuan shutter pula adalah Shutter terletak di hadapan bahan perakam filem. Tugasnya adalah  mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera. Ia juga mengawal pergerakan objek & warna. Ia akan tersingkap apabila setiap kali butang pelepas shutter ditekan untuk mengambil gambar dan kemudian terkatup semula. Tempoh ia tersingkap ditentukan oleh kelajuan singkapan shutter. Kelajuan shutter adalah jangka masa shutter terbuka. Kelajuan biasa yg digunakan ialah 1/125 sesaat. Semakin kecil nombor yg diset, semakin lambat proses bukaan shutter. Kelajuan shutter juga boleh dikatakan sebagai setting dedahan kerana membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak. Kelajuan shutter yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).

iv )  Medan fokus

Medan fokus ialah kawasan ketajaman (sharpness) gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang. Subjek yang difokus akan menjadi tajam (sharp).  Medan fokus dipengaruhi oleh 3 faktor seperti bukaan aperture, focusing distance dan bukaan pandangan (focal length). Dalam penggambaran, tiga dimensi yang akan direkod ialah tinggi, lebar dan teraan. Dengan pemutaran gelang fokus, imej akan dilihat melalui penilik pandangan sama ada kabur di bahagian subjek dan tajam di bahagian latar atau sebaliknya.

v )  Resolusi

Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan. Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar.Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat. Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch.

vi )  Komposisi

Komposisi Komposisi adalah cara sesuatu foto menyampaikan penceritaan gambar. Penyusunan objek-objek yang hendak kita gambarkan adalah supaya kelihatan cantik dan menarik. Komposisi ini terbahagi kepada dua  :
  • Menyusun objek-objek yang boleh digerakkan seperti kotak, botol, perabot, dan lain-lain.
  •  Menyusun objek-objek yang tidak boleh digerakkan seperti bangunan, gunung, sungai, awan, pokok etc. Dalam hal ini anda sendiri yang perlu mencari sudut yang sesuai supaya keadaan objek kelihatan tersusun rapi dalam gambar.
Gambar boleh diambil dalam beberapa komposisi iaitu wide angle, medium angle, low angle, high angle, close up dan perspektif.


3.2.1.3 Pada sub topik ini saya akan menunjukkan beberapa imej yang menepati prinsip-prinsip dan    teknik- teknik fotografi.


Close up -Shot yang memaparkan dari batas bahu sampai atas kepala.


Low angle - Kedudukan kamera lebih rendah daripada objek yang diambil.


Extreme close up shot -Shot yang memfokuskan objek mata


Full shot - Shot yang menampilkan gambar penuh dari kepala hingga kaki.


Medium shot - Shot yang menampilkan sebahagian pinggang sampai atas kepala.


Wide angle shot untuk Fotografi landskap


3.2.2  Pengimbas dan pengendalinya


3.2.2.1   Mengenali fitur-fitur generik pengimbas

Pengimbas merupakan alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, aksara(character), atau nombor, lukisan, dan gambar ke dalam bentuk digital yang difahami oleh komputer. Berikut merupakan fitur-fitur Pengimbas berjenama Epson Perfection 1650, antaranya  :


               Jenis pengimbas                      : Flatbed, berwarna gray
               Saiz maksimum dokumen        : saiz A4 ( 8.5x11.7 inci [216x297mm] )
               Resolusi Optik                        : 1600 dpi (dot per inch)
               Kecerahan                              : 7 tahap
               Antara muka                           : USB
               Berat                                      : 3.1Kg
               Had voltan                              : DC 24V


3.2.2.2     Penetapan ( setting ) pengimbas
  • Cara memasang perisian pengimbas :
    i.            Masukkan cakera padat perisian pengimbas
    ii.            Tetingkap EPSON ‘Installation wizard’ dipaparkan
    iii.            Pilih bahasa yang hendak digunakan
    iv.            Memilih jenis perisian dipilihdan klik [OK]
    v.            Ikut semua installation wizard dan klik [OK] untuk setiap paparan.
  • Cara Pemasangan Pengimbas dengan Komputer
                    i.      Sambungkan USB kabel ke USB port Pengimbas


          ii.      Sambungkan satu lagi USB kabel ke komputer

                 iii.      Komputer akan mengesan (detect) pengimbas secara automatik
         iv.      Klik [YES] pada paparan


         v.  Untuk memeriksa sama ada Pengimbas Epson boleh digunakan atau tidak, terlebih dahulu tekan 
              button start untuk menghidupkan scanner.

         vi. Sekiranya ‘EPSON Smart Panel’ dipaparkan, pengimbas EPSON boleh digunakan dan semua 
              instalasi perisian boleh berfungsi dengan baik.

3.2.2.3    Berikut merupakan langkah-langkah menggunakan pengimbas

  • Bagaimana meletakkan dokumen yang ingin diimbas ?
     -    Letakkan dokumen pada kedudukan menghadap ke bawah pada cermin kaca pengimbas.


  • Fungsi butang butang yang terdapat pada pengimbas :

    Start -  Tekan butang " start " untuk mengaktifkan Epson Smart Panel
    Photo Print - Tekan butang " photo print " untuk mengimbas dan mencetak gambar secara automatik.
    E-Mail - Tekan butang " e-mail " untuk mengimbas imej yang ingin dilampirkan bersama-sama e-mel anda.
    Scan to Web- Tekan butang " scan to web " untuk berkongsi imej yang diimbas ke laman, Epson PhotoCenter™ di internet.

  • Warna lampu menunjukkan keadaan pengimbas :

    Lampu hijau      - Pengimbas berada dalam keadaan persediaan mengimbas
    Pancaran hijau   - Pengimbas berada dalam keadaan sibuk mengimbas
    Pancaran merah - Pengimbas berada dalam keadaan tidak stabil, mungkin ada masalah.
  • Langkah-langkah mengimbas dan mencetak menggunakan Photo Print :
i.            Tekan butang [PHOTO PRINT] yang terdapat pada control panel pengimbas
ii.          ‘Epson Smart Panel’ akan diaktifkan
iii.          ‘Epson Twain’ akan    mengimbas imej secara automatic

iv.          Tetingkap ‘Epson Photo Print’ akan muncul dan imej yang telah diimbas akan dicetak secara  automatik.
  • Langkah langkah mengimbas imej untuk dihantar ke e-mel :

    i.            Tekan butang [E-MEL] Epson Smart Panel
    ii.            Epson Twain akan secara automatik mengimbas imej
    iii.            Menu ‘Scan to E-mel’ dipaparkan
    iv.            Pilih program E-mel yang ingin gunakan, klik [Launch]
    v.            Kotak dialog e-mel dipaparkan bersama-sama lampiran foto yang imbas
    vi.            Klik butang [Send].
  • Langkah-langkah mengimbas Foto Ke Fail :
i.            ‘Epson Smart Panel’ diaktifkan
ii.           Klik pada aplikasi [Scan to file].
iii.           Epson Twain akan secara automatik mengimbas imej
iv.           Klik butang [Finish].
v.           Menentukan laluan fail dan format fail ,
vi.           klik butang [Save].


3.2.2.4     Pada sub topik ini saya akan menunjukkan contoh hasil imej digital dari sumber terpilih melalui proses  pengimbasan.


Contoh imej digital sebelum di edit dari photoshop melalui proses pengimbas


Contoh imej digital selepas di edit dari photoshop melalui proses pengimbas




























0 comments: