Friday, May 24, 2013

Elemen Rekaan

1.2.1    Elemen rekaan bagi grafik digital

1.2.1.1  Dengan menggunakan teknologi komputer, elemen-elemen grafik boleh ditukarkan kepada pelbagai bentuk . Untuk menghasilkan grafik yang berkualiti, pembangun perlu faham tentang elemen-elemen yang terdapat dalam grafik. Di antaranya ialah :

  • Garisan - Cantuman satu siri titik
  • Bentuk  - Objek tiga Dimensi
  • Ruang   - Jarak antara dua objek
  • Tekstur - Sifat bagi permukaan yang boleh dilihat atau disentuh
  • Warna  - Tindak balas cahaya ke atas suatu permukaan.

1.2.2     Peranan warna terhadap grafik


1.2.2.1  Pada sub topik ini saya akan menyatakan perasaan dan pendapat tentang impak warna yang terdapat dalam karya grafik yang meliputi aspek seperti berikut :
     
  • Mood - Warna juga berkait langsung dengan perasaan atau mood seseorang. Oleh yang demikian kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan mood, ragam, perlakuan dan perwatakan yang dibawa seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri. Berikut merupakan perkaintan antara warna dengan personaliti, antaranya warna biru, merah, kuning, hijau, ungu, coklat, hitam dan putih. Warna-warna ini mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi 'mood' seseorang itu.

  • Tona  -  Pemilihan tona warna yang betul haruslah dititikberatkan dalam perghasilan grafik. Tona warna adalah nilai pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Iaitu campuran warna putih dan hitam dengan warna asas dengan mengikut kadar tertentu. Warna tersebut akan berubah dari satu tahap ke satu tahap tertentu.

  • Harmoni - Mententeramkan hati dan perasaan seseorang di samping itu memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton atau pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik,aliran persembahan dan kesatuan mesej. 

  • Kontra - Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,memberi penegasan dan tumpuan. Disamping itu, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan. Contohnya kontra dari segi warna dan kontra dari segi bentuk.


1.2.3     Peranan Tekstur terhadap grafik


1.2.3.1   Pada sub topik ini saya akan mengemukakan pandangan mengenai hasil sesebuah karya grafik dari aspek tekstur yang menimbulkan kesan dari segi  :



  • Bentuk - Gabungan daripada  rupa dapat menghasilkan sesuatu bentuk. Hasil daripada karya ini, menggunakan bentuk ilusi. Bentuk ini dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi). Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

  • Ruang - Hasil daripada karya ini, ruang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan dari segi saiz dan jarak. Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap yang terbahagi kepada tiga jenis perspektif. (Perspektif satu titik lenyap, Perspektif dua titik lenyap dan Perspektif tiga titik lenyap). Selalunya pelukis menghasilkan ruang dalam dalam karya mereka akan memilih tema pemandangan dan lukisan alam. Ruang dalam ini akan mempamerkan pembahagian ruang hadapan,ruang tengah dan ruang belakang. Sejajar dengan itu ton warna, jalinan dan komposisi setiap objek akan serentak menjadi penting untuk menunjukkan konsep ruang.

  • Mood - Hasil daripada karya ini, juga memainkan peranan dalam perasaan atau mood seseorang.  Karya grafik tersebut telah menggunakan kombinasi warna harmoni. Tujuan warna harmoni digunakan adalah untuk menunjukkan karya ini selesa, seimbang dan menarik. Apabila kita melihat karya ini, mood atau perasaan kita kelihatan tenang dan selesa untuk memandangya.

  • Kepelbagaian - Hasil daripada karya ini, kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. Melalui unsur seni garisan, cantuman satu siri titik terhasilnya  dahan-dahan  pokok, tekstur tanah, dan bukit. Unsur seni rupa pula, menggunakan rupa organik yang merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa dahan pokok yang sudah kering, ia dihasilkan secara sepontan. Bagi unsur seni warna pula, menggunakan kombinasi warna harmoni yang terdiri daripada warna merah, oren dan coklat. Tujuan warna harmoni digunakan adalah untuk menunjukkan karya ini dalam suasana senja yang seimbang dan menarik.











0 comments: