Mata pelajaran Grafik Berkomputer ialah antara mata-mata pelajaran vokasional (MPV) yang ditawarkan khusus di sekolah-sekolah menengah akademik di Malaysia. Mata pelajaran ini ditawarkan di peringkat menengah atas bagi memenuhi keperluan latihan kerjaya dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
Mata pelajaran Grafik Berkomputer digubal dengan tujuan untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan tentang kaedah dan proses penghasilan produk grafik serta berkebolehan untuk menghasilkan produk grafik yang menarik dan berkualiti menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi. Pengalaman yang diperoleh melalui mata pelajaran ini membolehkan pelajar terus menceburi bidang pekerjaan yang berkaitan dengan penerbitan dan pengiklanan.
Oleh hal yang demikian, halaman ini dibangunkan bagi membantu pelajar belajar secara interaktif. Halaman ini dibangunkan dengan isi kandungan yang mengikut sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mata pelajaran ini tertumpu kepada empat komponen pengetahuan iaitu :
- Asas pengetahuan grafik dan sistem komputer.
- Pengetahuan tentang perkakasan dan perisian komputer dalam menghasilkan karya grafik.
- Prinsip dan proses penghasilan karya grafik.
- Jenis dan bentuk karya grafik.
Selain daripada susunan kandungan yang berasakan kepada unsur pengetahuan, kandungan mata pelajaran Grafik Berkomputer juga turut disusun berdasarkan proses dan kemahiran. Proses dan Grafik Berkomputer merujuk kepada aplikasi pengetahuan tentang grafik, manakala kemahiran pula merujuk kepada kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian grafik secara cekap dan berkesan. Secara umumnya proses dan kemahiran bagi mata pelajaran ini adalah seperti berikut :
- Persepsi dan respon.
- Perekaan dan komunikasi.
- Pengendalian perkakasan untuk menghasilkan grafik.
- Pengendalian perisian grafik.
Keseluruhan kandungan mata pelajaran Grafik Berkomputer dibahagikan kepada empat bidang mata pelajaran utama iaitu :
Bab 1 : Asas Grafik Digital
Bab 2 : Peralatan Grafik Digital
Bab 4 : Produk Grafik Digital