Friday, May 24, 2013

Grafik

1.1     PENGERTIAN GRAFIK

1.1.1  Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. 

Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza.

Grafik ini turut dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

1.2     GRAFIK DIGITAL DAN JENISNYA

1.2.1  Berikut merupakan jenis-jenis grafik digital, antaranya ialah :
  • Bitmap
  • Vektor

1.2.2  Pada sub topik ini saya akan menghuraikan ciri-ciri digital bitmap dan vektor.

Apa itu grafik Bitmap ?

Adobe Photoshop adalah contoh perisian yang menghasilkan grafik bitmap atau juga dikenali sebagai imej raster. Grafik bitmap dipaparkan menggunakan grid (juga dikenali sebagai bitmap atau raster) yang dibentuk daripada kumpulan segiempat kecil (piksel).Setiap piksel terletak di lokasi spesifik and mempunyai warna tertentu. Contohnya seperti grafik tayar basikal di dalam format bitmap terbina daripada kumpulan piksel yang banyak dan terletak di lokasi tertentu.

Penggunaan bitmap imej sebagai medium untuk imej seperti fotograf atau imej yang direka di dalam perisian grafik adalah biasa kerana ia dapat memaparkan tona warna (gradient) dengan baik. Imej bitmap bergantung kepada resolusi - imej bitmap memaparkan jumlah piksel yang tertentu. Imej bitmap akan kelihatan kabur jika diubah kepada saiz yang lebih besar di atas skrin atau dicetak untuk resolusi yang lebih tinggi daripada resolusi asal.

Apa itu grafik Vektor ?

Grafik vektor terbina daripada garisan-garisan yang mengikut istilah matematik - vektor. Vektor menggambarkan grafik mengikut rupabentuk geometri grafik tersebut. Sebagai contoh, sebiji tayar basikal di dalam format grafik vektor terbina daripada definisi matematik di mana sebuah bulatan dengan radius tertentu, ditetapkan pada lokasi tertentu, dan terisi dengan warna tertentu. Grafik tersebut boleh dialih lokasinya, diubah saiznya, atau ditukar warnanya tanpa kehilangan kualiti grafik.

Grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi - grafik boleh diubah saiznya dan juga dicetak di atas mana-mana pencetak tidak kira berapa resolusinya tanpa kehilangan kualiti grafik tersebut. Kesimpulannya, grafik vektor adalah paling sesuai untuk teks (terutamanya teks yang kecil) dan grafik yang tebal (bold) di mana apabila diubah saiznya garisan yang jelas mestilah tidak hilang kualitinya - sebagai contoh, logo.
Disebabkan monitor komputer memaparkan imej menggunakan grid, kedua-dua grafik vektor dan bitmap dipaparkan sebagai piksel.

1.2.3   Pada sub topik ini saya akan menunjukkan  perbandingan gambar bitmap dan vektor.

contoh 1



Contoh 2



0 comments: