Selamat Datang

Semoga ilmu yang disampaikan menjadi panduan berguna buat anda semua.

Unit 1 : Asas Grafik Digital

Perkara asas bagi pelajar mengenal tentang grafik. Terdapat empat sub tajuk iaitu Grafik, Elemen Rekaan, Seni Reka dan Komunikasi Visual.

Unit 2 : Peralatan Grafik Berkomputer

Pengenalan mengenai perkakasan dan perisian yang digunakan bagi membangunkan produk grafik berkomputer.

Unit 3 : Proses Penghasilan Karya Grafik Digital

Pendedahan mengenai proses yang perlu ada dalam penghasilan karya grafik digital. Di dalam bab ini akan ditekankan mengenai perekaan, pemerolehan bahan dan memanipulasikan imej.

Unit 4 : Produk Grafik Berkomputer

Pengenalan mengenai jenis produk grafik seperti ilustrasi dan animasi. Penekanan mengenai cara mempersembahkan karya grafik juga diberikan di dalam bab ini diikuti dengan isu dan kegunaan produk yang dihasilkan.

Tuesday, May 28, 2013

Isu Dan Kegunaan Produk

4.1 Etika dan Hak Cipta Karya Grafik
Hasil karya seseorang memang seharusnya untuk kita hargai, caranya bagaimana? Iaitu dengan memberikan kredit karyanya, dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Bentuk pelanggaran yang sering terjadi berkaitan dengan  perisian ini diantaranya membuat salinan tanpa izin, mengubah tanpa izin dan memuat turun tanpa izin.

4.2 Kegunaan dan Sumbangan Grafik dalam Kehidupan
Grafik biasanya digunakan dalam bidang :
- Pendidikan
- Perniagaan (Pengiklanan)
- Rekreasi/Hiburan
- Komunikasi
- Hiasan
- Keselmatan

4.3 Kerjaya berasaskan Grafik Digital


Pereka Grafik Berkomputer adalah individu yang mengaplikasikan penggunaan perisian-perisian di dalam komputer bagi menghasilkan imej visual dan grafik serta multimedia yang dikehendaki. Mereka juga bertindak sebagai ejen yang menghasilkan visual atau cara yang paling berkesan untuk menterjemahkan mesej verbal ke dalam bentuk media cetak dan elektronik menggunakan warna, jenis, ilustrasi, fotografi, animasi, dan pelbagai teknik layout


4.4 Trend Masa Depan Produk Grafik Digital

dari aspek :
-Perkakasan
-Perisian

Persembahan Karya Grafik



Animasi

Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.

Animexample.gif
Animasi ini bertukar sebanyak 10 kali sesaat.

Animexample2.gif
Animasi ini bertukar sebanyak 2 kali sesaat. Anda dapat melihat pergerakannya.

Kartun mengikut takrif yang mudah berkisar sesuatu yang lucu, lawak, jenaka diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris "cartoon". Agak berbeza dengan komik, kartun adalah media yang mudah mendapat ransangan kerana ia berjaya mengelikan hati pembaca dan penonton. Kebiasaannya kartun berada diluar logik akal.


2D dan 3D dalam komputer grafik

a. grafik komputer 2D
Grafik komputer 2D adalah sebuah generasi gambar digital berbasis komputer, yang banyak mengambil objek-objek dua dimensi (2D). Model Grafik 2D merupakan kombinasi dari model geometri (juga disebut sebagai grafik vektor), gambar digital (raster graphics), fungsi matematika, dan sebagainya.  Model yang menggunakan 2D tidak mendukung fenomena 3 dimensi. akan tetapi dapat membuat layer yang ditumpuk dalam urutan tertentu berdasarkan kedalaman/jarak tertentu. Mereka juga digunakan pada beberapa video dan games sederhana seperti solitaire, chess, atau mahjong.

b. grafik Komputer 3D
Grafik 3D merupakan perkembangan dari grafik 2D. Didalam grafika komputer, 3D merupakan bentuk grafik yang menggunakan representasi data geometri tiga dimensi. Suatu objek rangka 3D apabila disinari dari arah tertentu akan membentuk bayangan pada permukaan gambar. Proses pembuatan grafik komputer 3D dapat dibagi ke dalam tiga fase, yaitu 3D modeling yang mendeskripsikan bentuk dari sebuah objek, layout dan animation yang mendeskripsikan gerakan dan tata letak sebuah objek, dan 3D rendering yang memproduksi image dari objek tersebut.

Manipulasi Imej

3.1  Hasil Manipulasi

Menghasilkan karya grafik yang memenuhi aspek berikut :

- colour / brightness / contrast / hue / saturation correction

Contoh gambar :



- Photo montage

Contoh gambar :


- Photo collage

Contoh gambar :


- Superimpose

Contoh gambar :



- Kesan digital

Contoh gambar :



Saturday, May 25, 2013

Ilustrasi


4.1 Ilustrasi




Ilustrasi bermaksud seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Lukisan untuk menjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej, dan sebagainya. Boleh dihasilkan dalam bentuk lukisan pensel, lukisan pen, kolaj, atau menggunakan warna (cat air/cat akrilik).
Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakam lagenda dan peristiwa bersejarah.Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi. Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran. Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek.

Albracht Durer, Young Hare


Rembrandt, A Lion Lying Down

Hans Burgkmair, Madonna With Grapes

4.1.1 Fungsi Ilustrasi

- Menggambarkan dekoratif/unsur hiasan
- Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci
- Menyampaikan komentar atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas 
  
             
                                                                                                                  
  memberi gambaran watak-watak dalam penceritaan



fungsi dekoratif


4.1.2. Ciri-ciri Ilustrasi

- Keaslian dan rekaan yang kreatif
- Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
- Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks
- Kreativiti
- Reka letak menonjol dan menarik perhatian
- Imej dapat disampaikan kepada pelanggan dan menepati kehendak mesej
- Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan
- Menggunakan alat dan bahan dengan betul

4.1.3. Jenis-jenis Ilustrasi

4.1.3.1. Ilustrasi Perubatan
Digunakan dalam bidang sains perubatan dengan meluas untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama dalam bidang perubatan dan bidang lain yang berkaitan dengan kesihatan


ilustrasi perubatan, gambaran realistik jantung



menggambarkan organ-organ dalam badan dengan terperinci

4.1.3.2. Ilustrasi Alam 
Menggambarkann lukisan dan catan yang merujuk dalam alam semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan


ilustrasi alam memaparkan gambaran alam fantasi







ilustrasi alam semulajadi


4.1.3.3. Ilustrasi Fesyen
Sangat popular sejak tahun 1920 lagi.


ilustrasi fesyen


ilustrasi fesyen juga mempamerkan gaya rekaan





ilustrasi fesyen memaparkan rekaan pakaian

4.1.3.4. Ilustrasi Penerbitan
Ilustrasi pada kulit buku, risalah, suratkhabar, kulit novel, kartun, dan ilustrasi cerpen menggambarkan tentang penceritaan bahan tersebut.


ilustrasi penerbitan, kulit buku



ilustrasi penerbitan, komik

4.1.3.5. Ilustrasi Teknikal
Bertujuan untuk mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaan industri. Lakaran teknikal, lukisan mekanikal dan reka bentuk berbantukan komputer merupakan bahagian penting untuk mendapatkan ilustrasi teknikal yang tepat.Ilustrasi ini bertujuan untuk mempromosi barang.


ilustrasi teknikal, memaparkan perincian dalam sesebuah kenderaan




ilustrasi teknikal memberi gambaran terperinci pada bahagian enjin

4.1.3.6. Ilustrasi Perindustrian
Merujuk lakaran idea untuk barangan industry. Tidak terhad kepada industri berat, malahan mencakupi industri ringan seperti rekaan perabot, plastik dan lain-lain


kereta memaparkan ilustrasi industri

beberapa rekaan kenderaan motosikal




ilustrasi industri barangan pengisar

4.1.3.7. Ilustrasi Haiwan
Untuk menunjukkan lakaran jelas bahagian segmen badan. Kerap digunakan untuk memaparkan haiwan purba yang telah pupus seperti dinosaur sering dilukis berdasarkan gambaran sejarah dan dipaparkan pada setem


ilustrasi burung hantu sekadar hiasan



ilustrasi memaparkan penerangan tentang bahagian-bahagian pada ikan

4.1.3.8. Ilustrasi Maklumat
Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat. Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual, carta, peta dan pelan

ilustrasi maklumat, contoh paparan graf bagi menyampaikan maklumat