Selamat Datang

Semoga ilmu yang disampaikan menjadi panduan berguna buat anda semua.

Unit 1 : Asas Grafik Digital

Perkara asas bagi pelajar mengenal tentang grafik. Terdapat empat sub tajuk iaitu Grafik, Elemen Rekaan, Seni Reka dan Komunikasi Visual.

Unit 2 : Peralatan Grafik Berkomputer

Pengenalan mengenai perkakasan dan perisian yang digunakan bagi membangunkan produk grafik berkomputer.

Unit 3 : Proses Penghasilan Karya Grafik Digital

Pendedahan mengenai proses yang perlu ada dalam penghasilan karya grafik digital. Di dalam bab ini akan ditekankan mengenai perekaan, pemerolehan bahan dan memanipulasikan imej.

Unit 4 : Produk Grafik Berkomputer

Pengenalan mengenai jenis produk grafik seperti ilustrasi dan animasi. Penekanan mengenai cara mempersembahkan karya grafik juga diberikan di dalam bab ini diikuti dengan isu dan kegunaan produk yang dihasilkan.

Tuesday, May 28, 2013

Isu Dan Kegunaan Produk

4.1 Etika dan Hak Cipta Karya Grafik
Hasil karya seseorang memang seharusnya untuk kita hargai, caranya bagaimana? Iaitu dengan memberikan kredit karyanya, dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Bentuk pelanggaran yang sering terjadi berkaitan dengan  perisian ini diantaranya membuat salinan tanpa izin, mengubah tanpa izin dan memuat turun tanpa izin.

4.2 Kegunaan dan Sumbangan Grafik dalam Kehidupan
Grafik biasanya digunakan dalam bidang :
- Pendidikan
- Perniagaan (Pengiklanan)
- Rekreasi/Hiburan
- Komunikasi
- Hiasan
- Keselmatan

4.3 Kerjaya berasaskan Grafik Digital


Pereka Grafik Berkomputer adalah individu yang mengaplikasikan penggunaan perisian-perisian di dalam komputer bagi menghasilkan imej visual dan grafik serta multimedia yang dikehendaki. Mereka juga bertindak sebagai ejen yang menghasilkan visual atau cara yang paling berkesan untuk menterjemahkan mesej verbal ke dalam bentuk media cetak dan elektronik menggunakan warna, jenis, ilustrasi, fotografi, animasi, dan pelbagai teknik layout


4.4 Trend Masa Depan Produk Grafik Digital

dari aspek :
-Perkakasan
-Perisian